KARTUN MUSLIMAH

Taraaaaaaaaaaa...



Ini la hasil percubaan pertama melukis kartun muslimah...org lain sibuk wat kartun, ko pun sibuk jugak ye Auni Najla....hehe
 
Ye la kan..geram pulak tgk kartun2 muslimah yg diaorg2 tu wat..comel2
 
So, hati ni meronta2 nak wat jugak walau tak reti..uhuk..
 
Sekarang ni hari2 menjelajah blog2 yg ajar cara2 wat kartun ni..oleh kerana byk sgt jelajah smpi x igt dpt paham dr blog yg mana..
 
Tapi kan, masih tak reti2 nak wat mata & jejari runcing..sbb tu la kartun aku ni tak nmpk jari & mata pun sepet je..

SEGMEN : FOLLOW AND FOLLOW






  
Macam best je Segmen Follow and Follow ni..nak join juga la..





Kalau sesapa nak join segmen ni klik je SINI





Tip untuk mata sihat dan cantik


Sapa nak mata cantik dan segar bugar macam budak kecik kat bawah ni...???
 
 
ataupun macam si dia ni???? perasaan mata cantik sgt la budak tdg itam ni ekkk..sapa la agaknya dia ni..ahakkk
 
Jom ikuti tip berikut :
 
Menghapuskan lingkaran gelap
 Parut 3 keping timun dan perah dan ekstrak jus. Rendamkan lapisan kapas dalam jus ini selama 2 minit dan letakkan di kelopak mata dan kawasan gelap. Biarkan selama 15 minit. Untuk hasil yang terbaik lakukan ulangan  2 ke 3 hari.
***
Ambil 1 sudu kecil pulpa tomato, secubit serbuk kunyit, setengah sudu kecil jus limau dan 1 sudu kecil tepung gram (tepung kacang kuda). Campurkan kesemua bahan untuk dijadikan  pes dan sapukan  perlahan-lahan pada mata yang tertutup dan kawasan gelap. Biarkan selama setengah jam.  Bersihkan perlahan-lahan dengan lapisan kapas lembap selepas setengah jam. Ulanginya selama seminggu.
***
Sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar dan kaya  dengan serat dapat membersihkan toksin dalam sistem badan dan sekali gus mengelakkan lingkaran gelap  di bawah mata.
 
***
 
Tidur      sekurang-kurangnya    7 - 8 jam   sehari   adalah   perlu     bagi setiap  orang. Kekurangan tidur juga boleh menyebabkan lingkaran gelap.
 
***
 
Seseorang yang menyukai makanan manis adalah lebih terdedah kepada lingkaran gelap dan perlu menahan diri daripada mengambil sebarang jenis coklat dan gula-gula.
 
***
 
Lapisan kapas dicelup dalam air mawar dan kemudian diletakkan pada mata dan dibiarkan untuk beberapa ketika.
 
***
 
Meletakkan uncang teh sejuk pada mata yang terjejas  untuk seketika adalah cara yang berkesan untuk menghapuskan lingkaran gelap.
 
***
 
Pes daun pudina yang dicampur dengan jus tomato dan kemudian disapukan pada lingkaran gelap juga penawar yang berkesan.
 
***
 
Sapukan beberapa titis minyak badam  di sekitar lingkaran gelap. Biarkan ia semalaman. Ulangi setiap hari sehingga lingkaran gelap hilang.
 
***
 
Krim yang kaya dengan Vitamin E dan Vitamin C juga mampu untuk mengurangkan lingkaran hitam di sekeliling mata.
 
***
 
Berpantang dari merokok, minuman dan makanan ringan serta             mengekalkan gaya hidup yang berdisiplin boleh  membantu dalam menghapuskan lingkaran gelap dari bawah mata.   
 
***
 
Minum jus buah-buahan tanpa pengawet dan dalam bentuk semula jadi juga membantu menyembuhkan lingkaran gelap.
 
 
Penjagaan mata bagi pengguna komputer
 


Menghabiskan berjam-jam di depan televisyen atau komputer adalah sebahagian daripada kehidupan manusia hari ini. Terutamanya jika anda seorang profesional komputer. Perkara ini menyebabkan banyak masalah mata dan  penglihatan yang berkaitan pada masa depan. Berikut adalah beberapa tips berguna penjagaan mata bagi pengguna komputer.
***

Selepas setiap 20 hingga 30 minit mengadap komputer, lihatlah  objek yang jauh  dan berkelip beberapa kali.
 ***
 
Kelipkan mata kerana semasa menggunakan komputer kita akan mengurangkan kadar kelipan mata. Ia boleh menyebabkan mata menjadi kering. Cuba berkelip sebanyak 12 hingga 15 kali setiap minit.
 
***
 
Buatlah senaman mata dengan kerap. Senaman mata sangatlah mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah berkelip beberapa kali, kemudian tutup mata anda dan pusingkan mata mengikut arah pusingan jam dan berlawanan arah. Ketika melakukan ini, tarik nafas dan hembuskannya  perlahan-lahan dan kemudian buka mata anda secara perlahan-lahan.
 
***
 
Gosok kedua-dua tapak tangan anda sehingga menjadi hangat. Tutup mata anda dengan tapak tangan hangat anda untuk kira-kira satu minit. Ianya adalah satu lagi cara yang baik untuk merehat dan menenangkan mata anda.
 
***
 
Percikkan  air ke wajah  boleh menyegarkan anda . Ini juga membantu dalam menyejukkan mata anda.
 
***
 
Luangkan masa beberapa minit untuk berjalan. Ia  akan menyegarkan badan dan minda. Ia juga baik untuk mata anda kerana berjalan dapat meningkatkan bekalan darah kepada mata anda.
 
***
 
Gunakan skrin anti silau pada monitor anda.

 
~SELAMAT MENCUBA~
 

 

 

Sayang ~SHAE~

Selamat malam..

Mata ni rasa belum nak lelap la..jd kita layan lagu dr Shae la..SAYANG
 
Jap2..Sapa Shae ni ye?? Jela da byk kali dgr lagu ni kat Suriafm tp br tau sapa yg nyanyi..tu haa kak linda On yg bg tau sbb ramai sgt org t'tanya2 siapakah gerangan penyanyinya..dia ni artis indonesia, kacukan Australia-Riau
Syok juga dgr lagu ni..heeeeee




 
suka tak lagu ni..suka tak..suka tak?????
 Sukaaaaaaaaaa...88x