Drama HOT 'Adam dan Hawa'





Wah semenjak dua menjak ni hot sesangat la drama ‘Adam dan Hawa’ ni kat kat Astro Mustika HD ek…

Tapi Auni tak langgan pun mustika HD ni..ye la sbb jarang tengok tv, channel yg sedia ada ni pun tak sempat nk tengok…kdg2 tv kat rumah ni pun tak bukak..ahakkk. Apa la yg Auni wat ye..smpai tv pun tak bukak…hehe

Berbalik kpd drama ‘Adam dan Hawa’ lakonan hero idaman ramai gadis dan mak2 gadis diluar sana termasuk aku dan mama Auni yg minat sgt kat dia..pakcik Aaron Aziz (pakcik la kan sbb umur dia lebih kurang mama & ayah Auni je ni), Auni pun nak jgk la tgk walaupun tak melanggan mustika HD tu kan…

Jadinya, dgn usaha gigih mama, kami pun dapat la menontonnya kat SINI..masa tu da lebih kurang 20 episod ditayangkan kat tv la. Apalagi Auni & mama aku pun layan drama tu smpi kul 3 pg. Skrg ni setiap isnin-khamis je tak sabar nak tgk drama ni..menunggu2 je episode seterusnya diupload..terima kasih bebanyak kat ezany-kun.com yg bg peluang kat kita2 yg dpt tgk kat tv eh…

Adik lelaki aku...

Assalamualaikum....



 Naufal (baju hitam)

Hari ni, macam biasa semenjak cuti sekolah ni duduk rumah je... 

Jadi Auni layan je la adik lelaki Auni sorang ni (nama dia Naufal) yg mulut asyik bercakap je....banyak sgt soalan cepu emas dr dia. Antaranya ialah...harimau dengan ular kalau lawan siapa yg menang???? haihh..malasnya nak jawab... 

ataupun dia cerita yg ada naga warna coklat kat kota kinabalu.... Sanggup call mama kat opis nk cerita pasal tu...apa2 aje la adik Auni ni kan??? Tp walaupun dia becok kdg2 comel jg dgr dia ckp.

Lg satu Naufal ni suka makan kek (sama la mcm ayah)...selalu suruh mama Auni buat kek. Lg2 kek batik & kek coklat. Mama pun mmg selalu la layan selera kek dia tu..
 
Hobi dia melukis..suka sgt melukis smpi kerusi kayu kat rumah ni pun dia nk ukir jd lukisan... nasib baik dinding2 dia tak lukis.

Hah...asyik melayan dia je..sampai kat blog ni pun Auni nk citer psl dia...huhu 
 


Yang aku sayang



Assalammualaikum semua...

Ni la dia budak kecik yg Auni rasa sangat comel dan yg Auni sangat sayang. Dia yg suka gelak & yg suka nangis jugak. Hari2 buat orang geram..walau apa pun kakak sayang yg amat sangat kat Nadyne..muaahhhhhhhhh.

Awal Muharram/Maal Hijrah

Alhamdulillah, kita semua umat Islam akan memasuki tahun baru Islam 1434H. Walaupun ada antara kita yang menganggapnya sesuatu yg biasa tapi Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam sempena  memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.  

Selain itu, ia juga merujuk kepada perubahan atau penghijrahan daripada sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik dan merupakan titik permulaan untuk menanam keazaman terhadap pencapaian diri.

Oleh itu, mari kita sama-sama berdoa dan menyambut tahun baru ini dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan dan peluang untuk mengecapi tahun baru 1434H.


Selamat menyambut tahun baru & selamat bercuti...

Tempat menarik kat Malaysia

Assalammualaikum semua..
Sempena cuti sekolah..jom kita cari tempat2 menarik kat negara kita ni utk bercuti...
Tak payah la kita gi jauh2 dulu ye tak..dlm negara ni banyak lg tempat yg tak gi lagi..Auni la tu..hehe
Antaranya ialah....

Pantai Bagan Lalang


Pernah tak ke Bagan Lalang? Bagan Lalang ni terletak kat Daerah Sepang. Auni ni cari yg dekat2 dgn KL je la ye..Pantainya biasa je tapi ada resort yg best..Golden Palm Tree Resort, Sepang Gold Cost. Tapi bagi yg berkemampuan je la..mcm Auni ni rasa cam belum blh merasa la kut.


Cantik kan...
Maklumat lanjut kat SINI

Walaubagaimanapun..kita masih ada pilihan chalet lain yg murah sikit kat sini. Boleh cuba kat Chalet LKIM Bagan Lalang..Tapi chalet ni pun mcm da naik harga la pulak sekarang ni. Mungkin da makin cantik & dinaik taraf kut.




Info lanjut Pusat Latihan LKIM Camar Laut..Klik SINI




Jeram Gading

Jeram Gading letaknya kat  23km dari K. Klawang, Negeri Sembilan.. Info lanjut kat SINI. Auni pun tak sampai lg kat sini..tapi nampak cam menarik.

Boleh menginap di Jeram Gading Resort..


Ok..selamat bercuti