Sapa nak mata cantik dan segar bugar macam budak kecik kat bawah ni...???
ataupun macam si dia ni???? perasaan mata cantik sgt la budak tdg itam ni ekkk..sapa la agaknya dia ni..ahakkk
Jom ikuti tip berikut :
Menghapuskan lingkaran gelap
Parut 3 keping
timun dan perah dan ekstrak jus. Rendamkan lapisan kapas dalam
jus ini selama 2 minit dan
letakkan di kelopak mata dan kawasan gelap. Biarkan
selama 15 minit. Untuk hasil yang terbaik lakukan ulangan 2 ke 3 hari.
***
Ambil 1 sudu
kecil pulpa tomato,
secubit serbuk kunyit,
setengah sudu kecil jus limau dan 1 sudu kecil tepung gram (tepung kacang kuda). Campurkan kesemua bahan untuk
dijadikan pes dan sapukan perlahan-lahan pada
mata yang tertutup dan kawasan gelap. Biarkan selama setengah
jam. Bersihkan perlahan-lahan dengan
lapisan kapas lembap selepas setengah jam. Ulanginya selama seminggu.
***
Sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar dan kaya dengan serat dapat membersihkan toksin dalam sistem badan dan sekali gus
mengelakkan lingkaran gelap di bawah mata.
***
Tidur sekurang-kurangnya 7 - 8 jam sehari adalah perlu bagi
setiap orang. Kekurangan tidur juga boleh menyebabkan lingkaran gelap.
***
Seseorang yang menyukai makanan manis adalah lebih
terdedah kepada lingkaran gelap dan perlu menahan diri daripada mengambil
sebarang jenis coklat dan gula-gula.
***
Lapisan kapas dicelup dalam air mawar dan kemudian
diletakkan pada mata dan dibiarkan untuk beberapa ketika.
***
Meletakkan uncang teh sejuk pada mata yang terjejas untuk seketika adalah cara yang berkesan
untuk menghapuskan lingkaran gelap.
***
Pes daun pudina yang dicampur dengan jus tomato dan kemudian
disapukan pada lingkaran gelap juga penawar yang berkesan.
***
Sapukan beberapa titis minyak badam di sekitar lingkaran gelap. Biarkan ia semalaman.
Ulangi setiap hari sehingga lingkaran gelap hilang.
***
Krim yang kaya dengan Vitamin E dan Vitamin C juga mampu untuk
mengurangkan lingkaran hitam di sekeliling mata.
***
Berpantang dari merokok, minuman dan makanan ringan serta mengekalkan gaya hidup yang berdisiplin boleh membantu dalam menghapuskan lingkaran
gelap dari bawah mata.
***
Minum jus buah-buahan tanpa pengawet dan dalam bentuk
semula jadi juga membantu menyembuhkan lingkaran gelap.
Penjagaan mata bagi
pengguna komputer
Menghabiskan berjam-jam di depan televisyen atau komputer adalah sebahagian daripada
kehidupan manusia hari ini. Terutamanya
jika anda seorang profesional komputer.
Perkara ini menyebabkan banyak masalah
mata dan penglihatan yang berkaitan pada
masa depan. Berikut adalah beberapa
tips berguna penjagaan
mata bagi pengguna
komputer.
***
Selepas setiap 20
hingga 30 minit mengadap komputer, lihatlah objek yang jauh dan
berkelip beberapa kali.
***
Kelipkan mata kerana semasa menggunakan komputer kita
akan mengurangkan kadar kelipan
mata. Ia boleh menyebabkan mata menjadi kering. Cuba berkelip sebanyak 12
hingga 15 kali setiap minit.
***
Buatlah senaman mata dengan kerap. Senaman mata sangatlah
mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah berkelip beberapa
kali, kemudian tutup mata anda
dan pusingkan mata mengikut arah pusingan
jam dan berlawanan arah. Ketika
melakukan ini, tarik nafas dan hembuskannya
perlahan-lahan
dan kemudian buka mata anda
secara perlahan-lahan.
***
Gosok kedua-dua tapak tangan anda sehingga menjadi hangat.
Tutup mata anda dengan
tapak tangan hangat anda untuk kira-kira satu minit. Ianya adalah satu
lagi cara yang baik untuk merehat dan menenangkan mata anda.
***
Percikkan air ke wajah boleh menyegarkan anda . Ini juga membantu dalam menyejukkan mata anda.
***
Luangkan masa beberapa minit untuk
berjalan. Ia akan
menyegarkan badan dan minda. Ia
juga baik untuk mata anda kerana berjalan
dapat meningkatkan bekalan darah kepada mata anda.
***
Gunakan skrin anti
silau pada monitor anda.
~SELAMAT MENCUBA~
No comments:
Post a Comment