Awal Muharram/Maal Hijrah

Alhamdulillah, kita semua umat Islam akan memasuki tahun baru Islam 1434H. Walaupun ada antara kita yang menganggapnya sesuatu yg biasa tapi Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam sempena  memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.  

Selain itu, ia juga merujuk kepada perubahan atau penghijrahan daripada sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik dan merupakan titik permulaan untuk menanam keazaman terhadap pencapaian diri.

Oleh itu, mari kita sama-sama berdoa dan menyambut tahun baru ini dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan dan peluang untuk mengecapi tahun baru 1434H.


Selamat menyambut tahun baru & selamat bercuti...

6 comments:

  1. Replies
    1. salam Maal Hijrah kpd awk jg..semoga kita akn jd insan yg lebih baik

      Delete
  2. salam..mohon share kat fb awknye entry..:-)entry yg cukup bagus..:-)..jayyid jiddan..

    ReplyDelete