Siapa Adam Khoo???




Sapa dia Adam Khoo ni??? Adam Khoo merupakan warga Singapura dan seorang jutawan semenjak berusia 26 tahun, dan kini seorang multi-millionaire pengarang terlaris serta penceramah. Adam Khoo ni dah hasilkan program latihan audio di mana beliau mendedahkan semua bahan-bahan rahsia menjadi kaya serta membimbing setiap langkah dan memberi galakan, bimbingan & motivasi.

Dikatakan Adam Khoo ni masa zaman kanak2 seorang yg pemalas,  bodoh & tak de harapan la (ye ke???) Kalau cam gitu, camne dia blh mencapai kejayaan ek?

Adam Khoo berkongsi pengalaman bagaimana dia sendiri menjadi jutawan, bermula dengan zaman persekolahan, di mana dia mengubah dirinya daripada pelajar yang gagal kepada pelajar teratas dalam masa yang sangat singkat. Dia telah mengikuti Super-Teen Program  oleh Ernest Wong, yang menggunakan teknologi Accelerated Learning, Neuro Linguistic Programming (NLP) dan Whole Brain Learning. Sejak tu la keyakinan  si Adam Khoo berubah dan yakin dia juga boleh berjaya.  Ernest Wong mengatakan bahawa semua orang boleh jd genius dan menjadi pemimpin walaupun pada awalnya bodoh camne skalipun.  Ernest Wong juga kata “Satu-satu perkara yang akan menghalang kita ialah tiada keyakinan dan sikap yang negative.” Kata-kata ni la yang mempengaruhi Adam Khoo. So, sekarang ni dia pulak ajar orang lain cara untuk melakukan perkara yg sama.

No comments:

Post a Comment